Fikir Dulu Sebelum Buat

Satu benda yang Babah saya suka remind anak anak ialah "fikir secara rasional. Nak buat apa apa, jangan ikut marah. Fikir dulu sebelum buat" dan itu menjadi satu nasihat yang saya pegang teguh sampai sekarang.

Memang betul, kita manusia. Takkan terlepas dari rasa marah. Tambah lagi bila keadaan luar atau situasi yang meruncing buat emosi jadi terganggu. Tapi itu tak bermaksud kita boleh ikut emosi secara melulu. It's best to think first of the consequences; lihat keadaan semasa sama ada betul betul tindakan yang kita nak ambik tu "kena" dengan tempat dan waktu.

Selalu kita tengok orang ambik keputusan terburu buru dan tak rasional masa tengah marah. Misalnya quit programme sebab ada masalah personal dengan orang tertentu, sindir sindir orang dalam whatsapp group padahal itu whatsapp group kerja, dsb. Lepas tu bila dah lepas ikut perasaan, marah dah reda, keadaan dah tenang, menyesal dengan tindakan sendiri. Inilah kesannya sebab terlalu ikutkan perasaan. Babah saya selalu pesan "fikir dulu sebelum buat" kat anak anak sebab tak nak kami mengalami situasi yang sama. Babah kata, kita mesti bertindak secara matang dan profesional.

Bagusnya bila kita fikir dulu sebelum buat ni ialah kita dapat bertindak secara matang, fikir dengan rasional dan letak tepi soal emosi. No cloudy thoughts. Emosi itu bagus tapi bukanlah bagus diaplikasikan dalam semua hal. Tengok keadaan. Fikirkan: dalam keadaan diri kita yang tengah marah atau tengah sesak sesak ramai orang atau menerima tekanan dari pihak luar, wajar ke kita buat sesuatu tindakan yang kita nak buat tu? Haa gitu. Kita nak pastikan tindakan itu bukan kerana respon terhadap kemarahan kita pada waktu tu.

Sebaiknya bertenang dulu, biar cool down, lepas tu bertindak. Tindakan yang berasaskan kemarahan selalunya tak berakhir dengan baik. Pastikan mood stabil. Cari tempat yang tenang. Fikir dulu sebelum buat.


Thank you, Babah atas pesanannya. Will apply this in my life :) Hope this helps you guys too!

Sincerely,
Najlaa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kehidupan dan Persahabatan

Mid Sem Break