Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Kehidupan dan Persahabatan

Imej
Falsafah hidup saya ringkas. People come and go (or maybe come back). It doesn't matter kita kawan berapa lama pun tapi kalau ditakdirkan haluan hidup kita berbeza, dipisahkan waktu dan ruang atau kita kena berjauhan then be it. God willing, haluan kita akan bertemu semula one day. People need to grow apart in order to grow for themselves. So it's fine. Totally understandable. Kadang kadang bukan kita yang merenggangkan persahabatan tu tetapi kerana keadaan semasa dan fasa hidup berbeza. Masa yang Tuhan peruntukkan untuk jalan hidup kita pun lain. Life is a cycle. What goes around comes around. And it constantly changes. Jadi jangan hairan kenapa persahabatan yang renggang boleh jadi rapat dan yang rapat boleh jadi renggang mengikut peredaran masa. Kadang kadang bukan kemahuan kita pun tetapi secara sendirinya berubah. Mungkin yang kita hadapi pada masa sekarang adalah yang terbaik untuk masa sekarang. Dan yang akan datang belum tentu lagi. Jadi kalau ditakdirkan persa...

Making Peace

Imej
Peace? Bed peace? Hahaha. Ah, tajuk post kali ni mengingatkan saya pada John Lennon dan Yoko Ono yang tidur di Hotel Hilton, Amsterdam selama dua minggu sebagai salah satu protes mereka menentang keganasan dan peperangan. Takpe laa. Itu kita cerita nanti okay :) Selalu kita dengar orang cakap "happiness" sampai satu tahap dah jadi sesuatu yang biasa. Tapi apa sebenarnya "happiness" tu? Dan dalam bentuk apa? Secara perbadinya, "happiness" pada saya ialah making peace. Making peace tu besar konotasinya. Dengan siapa? - Diri sendiri. Dalam bentuk apa? - Tak sabotaj diri sendiri - Maafkan diri sendiri - Sayang diri sendiri - Beri diri sendiri peluang kedua - dll Making peace dengan diri kita sendiri bukan bermakna kita pentingkan diri. Tak. Langsung tak. Making peace bermakna kita berikan yang terbaik untuk diri sendiri. We know what is worthy for us. Kita maafkan kesalahan masa lalu kita. Kita bagi diri peluang kedua untuk mencuba. ...

Buat Baik Sebab Kita Kuat

Ada orang yang fikir bila orang buat jahat pada dia, dia patut balas semula jahat pada orang. Ada orang yang fikir malas nak buat baik sebab asyik kena "pijak". Ada orang yang fikir bila terus berhubung dengan orang akhirnya akan ditinggalkan jugak. Sebenarnya tak patut pun ada perasaan perasaan macam ni. Orang yang kuat takkan menilai dan fikir banyak kali bila nak buat kebaikan pada orang lain. Bila ada niat nak buat kebaikan, tak perlu tahan tahan. Rasa nak buat kebaikan bukannya sentiasa ada secara konsisten. Dan kalau ada orang buat jahat pada kita, kita tak patut balas balik dengan kejahatan sebab itu hanya membuktikan betapa lemahnya kita. Takkan kita sanggup rendahkan level kita ke level orang yang buat jahat pada kita? Tak kan? Kalau kita rasa terluka bila orang tak balas kebaikan kita, fikir semula sejauh mana keikhlasan itu wujud. Misalnya bila kita bukakan pintu untuk orang lain, tak semestinya orang tu akan cakap "terima kasih". Kadang kadang si...