Making Peace
Peace? Bed peace?
Hahaha. Ah, tajuk post kali ni mengingatkan saya pada John Lennon dan Yoko Ono yang tidur di Hotel Hilton, Amsterdam selama dua minggu sebagai salah satu protes mereka menentang keganasan dan peperangan.
Takpe laa. Itu kita cerita nanti okay :)
Selalu kita dengar orang cakap "happiness" sampai satu tahap dah jadi sesuatu yang biasa.
Tapi apa sebenarnya "happiness" tu? Dan dalam bentuk apa?
Secara perbadinya, "happiness" pada saya ialah making peace.
Making peace tu besar konotasinya.
Dengan siapa?
- Diri sendiri.
Dalam bentuk apa?
- Tak sabotaj diri sendiri
- Maafkan diri sendiri
- Sayang diri sendiri
- Beri diri sendiri peluang kedua
- dll
Making peace dengan diri kita sendiri bukan bermakna kita pentingkan diri. Tak. Langsung tak.
Making peace bermakna kita berikan yang terbaik untuk diri sendiri. We know what is worthy for us.
Kita maafkan kesalahan masa lalu kita. Kita bagi diri peluang kedua untuk mencuba.
Kebahagiaan takkan datang daripada orang lain. Kebahagiaan datang daripada dalam. We don't need to seek validity from other people. Dan kebahagiaan itu bermaksud kita sayang diri kita dalam bentuk kemaafan yang diberi untuk diri sendiri. Kalau bagi kita orang lain layak diberi peluang kedua, kita pun layak dan patut diberikan peluang kedua. Jangan kerana kita buat silap sekali, kita terus tak nak cuba dah. Kita terus give up, knowing that actually we could redo.
Making peace with ourselves has the power to heal. True, we cannot change the past but we can change the future. Definitely changing by forgiving ourselves.
Hubungan dengan diri sendiri penting selain hubungan kita dengan Allah dan juga keluarga. Kalau kita tak bahagia di dalam, macam mana kita nak bahagia di luar?
It's okay. Memang makan masa tapi kita cuba sama sama.
Let go.
Making peace, making peace.
Sincerely,
Najlaa
Ulasan
Catat Ulasan